Isnin, 10 Disember 2012

RED VELVET CAKE - MY 1ST EKSPERIMEN


RED VELVET CAKE - MY 1ST EKSPERIMEN

Kali pertama maria cuba buat kek Red Velvet....tapi maria tak rasa kek ni sebab dibuat khas untuk majlis perpisahan anak di Tadis.  Menurut kata anak dara maria kek ni sedap...ntah betul ntah tak...tapi terselit juga rasa gembira bila dia kata cikgu pun kata sedap...Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Ita Masam Manis dan atas perkongsian resepi RVC.  Tapi deco maria tak secantik deco Kak Ita dan maria memang meminati dan kagum sangat-sangat dengan seni tangan dan idea kreatif kak Ita.  Kak Ita memang seorang yang ikhlas berkongsi resepi dan tunjuk ajar dan diharap usaha murni Kak Ita diberkati Illahi.   Maria minta izin Kak Ita untuk sharekan resepi kt sini pula ye...

Red Velvet Cake - maria buat dua adunan supaya dapat kek yang tinggi
Resepi : azlita aziz masam manis;fromintankitchen.blogspot.com

1 1/4 tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar serbuk koko ~ maria campur pewarna merah & serbuk koko dengan 2sb   air panas
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tanpa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan buttermilk
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh soda bikarbonat

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C ~ bergantung pada kepanasan oven
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inc. Sapukan butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan~ Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko dengan pewarna merah kacau rata.
  4. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati dan bertukar warna keputihan
  5. Tambahkan telur dan pukul hingga lembut .
  6. Tambahkan esen vanila dan serbuk koko dan pukul hingga sekata.
  7. Kemudian, menggunakan kaedah kaup baik dengan spatula sahaja,  kita masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan tepung)
  8. Dalam bekas kecil, kita satukan cuka masakan dengan soda bikarbonat. ~ masa buat kena cepat. Dengan kadar segera kita terus tuangkan dalam adunan tepung kita tadi dan gaul rata.
  9. Dengan kadar segera terus tuang dalam loyang dan terus bakar.
  10. Bakar kek pada suhu 170C bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Ita hanya guna api bawah sahaja. Supaya permukaan atas kek tidak keras. Masa membakar 45 minit atau sehingga kek dibakar sempurna.
  11.  Bila kek dah masak, biarkan 10 minit kemudian baru terbalikkan atas redai. Tunggu kek benar-benar sejuk barulah kita potong kepada 2 kepingan



CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese ~ biarkan  ia lembut dahulu
100 gm butter tanpa garam
180 gm gula icing
2 cawan Non Dairy Whipping Cream~maria guna whipped cream
1 sudu teh pes lemon




Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan bertukar warna keputihan~ Perlahan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga adunan sebati~ Kemudian tambahkan lemon paste ~ Dalam bekas berasingan, pukul Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan bertanduk~ Satukan Whipping Cream ke dalam cream cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik~ Bila dah siap boleh lah kita layerkan pada kek.